Saturday, April 21, 2007

Luka Rakyat





Istimewa untuk dimiliki

LUKA RAKYAT
Azizi Haji Abdullah

Harga : RM 12.00
Terbitan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang
No 10 Jalan Masjid Negeri
11600 Pulau Pinang
Sila hubungi : 04-2823511

Luka Rakyat bukan sebuah cerita, bukan sebuah rakaman tetapi lebih kepada pernyataan. Ia adalah sebuah dunia yang direnyuk lanyak oleh mereka yang memiliki kuasa, keberadaan tetapi dirasuk kedunguan, kesederhanaan dianggap sebagai terkebelakangan, kesolehan dianggap sebagai kebodohan, kerakusan, penipuan, kesonglapan dianggap sebagai kemajuan teknologi dan kelicikan itu dianggap sebagai kemenangan, kebrutalan dianggap sebagai kepahlawanan, kewiraan.

Monday, May 22, 2006

Buku-Buku Pilihan

Ulat-Ulat Umno


UMNO itu seperti buah yang terlampau tua. Di dalamnya penuh dengan ulat-ulat yang mencari kesempatan memamah lemak manisnya.

Buku ini perlu dibaca oleh semua golongan yang telah sekian lama berkorban tetapi tidak tahu apa yang berlaku di dalamnya.

“Esok kita nak makan apa?” begitu Pakman seorang penoreh getah bertanya kepada bininya. “Esok kita nak makan siapa?” begitu ulat-ulat UMNO pada Ketua Bahagian atau AJKnya.

Ulat-ulat ini, apabila terjumpa syiling satu ringgit di tepi anda, dia akan memijak syiling itu dan anda akan dibelai. Tetapi jika dilihat angka juta, andalah yang dipijaknya pula.

Pemikir Reformasi Dan Masyarakat Revolusioner


Ali Shariati merupakan antara golongan kecil pemikir dan aktivis dari Iran yang berjaya mendefinisikan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dalam peringkat terakhirnya. Beliau berjaya mensintesiskan pemikiran intelektual moderniti dan kebangkitan Islam untuk memberi tenaga baru menggerakkan ideologi bersifat aktivis yang dipandang tinggi oleh golongan generasi muda di Iran.

Dalam pamplet ini yang merupakan kuliah yang diberi beliau pada 1970-an, Ali Shariati membincangkan peranan golongan celik dalam memimpin masyarakat ke arah perubahan revolusioner.

Beliau mengintegrasikan pemikiran Islam dan humanisme yang menjadi batu loncatan penting ke arah aktivisme Dunia Ketiga terutama bagi golongan Islam yang mungkin lemas dalam moderniti. Pada masa yang sama, beliau memberi harapan kepada penduduk dunia lain yang menentang kolonialisme.

Adalah harapan kami yang karya ini akan melahirkan sebuah generasi celik yang baru.

Rebah Malam Pertama


Melakukan seks atau persetubuhan pengantin baru tidak sama dengan melakukan persetubuhan atau persetubuhan pengantin baru yang memahami apa itu ‘Malam Pertama’. ‘Malam Pertama’ bagi pengantin baru atau pasangan yang akan meniduri di ranjang pertama perlu dipelihara martabat, status dan imejnya. Buku ini bukan buku seks, juga bukan hidangan lucah. Buku ini adalah pengajaran bagi pasangan yang akan menyelak tirai, meniduri ranjang dan akan berasmara di malam pertama. Melalui bahasa seks, ghairah dan perilaku humjan dan rengkuh hanya semata-mata umpan pancing bagi mereka yang perlu mengetahui bahawa ‘Malam Pertama’ bagi pengantin bukan malam pertama babi hutan menyodok pokok pisang.

Umno Kelamkabut


Kelamkabut dalam UMNO ini ditulis oleh seorang Profesor dan Dr, sebagai orang yang sangat setia dengan sejarah politik UMNO. Ternyata, AIDS yang ditakuti oleh semua manusia kerana penyakit yang sukar diubati, rupa-rupanya ia terjelma di dalam UMNO. Apakah ini satu petanda juga bahawa kekalutan dan krisis dalam UMNO ini satu penyakit yang sukar diubati? Buku ini bukanlah penghukum tapi anda yang membacalah yang layak memberi peradilannya.

Cerpen FOBIA OKTOBER ditulis begitu rupa, seakan lucu tapi penuh pengertian. Penulisnya, seperti melahirkan novel KAWIN-KAWIN yang memenangi Hadiah Sako II, menulis dengan makna yang tersirat. Anda yang membacanya, layak memberi peradilan.

Luka Rakyat


Luka rakyat merupakan sebuah karya penyuntik kesedaran. Bukan sekadar kesedaran pasif, namun kesedaran kritikal supaya yang dikata rakyat itu jangan Cuma menyerah kepada nasib. Rakyat perlu celik dan sedar. Rakyat perlu berani dan yakin. Ketika ketidakadilan berleluasa, tatkala kezaliman bermaharajalela, hanya rakyat yang mampu menentukan gelombang perubahan. Semua lapisan rakyat wajar membaca dan meneliti setiap huraian Azizi ini, yang membongkar jurang antara derita rakyat dan kekuasaan mereka yang angkuh.

-- S. M. Mohamed Idris,
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Bagaimanakah rakyat mungkin merolakan diri melihat kepincangan yang ketara menzahirkan ketidakadilan. Rakyat yang ditekan daripada melakukan perubahan terhadap kepincangan social akhirnya akan bertindak membela jati diri dan maruah sebagai rakyat yang merdeka. Azizi Hj. Abdullah berjaya dengan tajam mengupas reality yang kompleks menyentuh polisi pengurusan, baik dalam persoalan ekonomi, perkhidmatan mahupun pemerintahan yang memangsakan rakyat dengan gaya bahasa dan ulasan yang sangat menyerlah dan mengungkap penderitaan rakyat yang lemah. Luka Rakyat patut dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang menjiwai perjuangan rakyat.

Ia sepatutnya mendidik golongan muda dalam kalangan pelajar universiti, para ahli akademik, aktivis social, serta dalam kalangan petani, buruh, nelayan, setinggan serta mereka yang berpendapatan rendah di kota dan di pinggir kota. Syabas kepada TERAS yang memulakan suatu anjakan kepada penerbitan buku-buku yang berjiwa rakyat.

-- Syeikh Niamat Yusoff
Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS)

Gaya Hidup Ranggi


Boros membazir, bermewah-mewahan, menunjuk-nunjuk dan berlagak dengan kekayaan..... Semua ini adalah budaya materialistik yang membawa kepada pemujaan dan pendewaan hidup keduniaan yang ditentang oleh Islam bukan saja dari segi prinsip sosial, malah bercanggah dengan falsafah hidup kekhalifahan dan kehambaan pada Allah SWT.

Mereka yang leka dengan budaya hidup maha mewah dan kebaratan yang sekular, seperti yang ditulis oleh Azizi Abdullah ini perlu diteliti oleh semua pihak sebagai sebuah karya pendedahan kepincangan sosial dan kritikkan sosial yang penting. Sesungguhnya budaya hidup mewah yang bersalut dengan nilai angkuh dan bongkah ini, perlu dikikis dari wajah dan watak masyarakat, jika kita benar-benar mahu membentuk masyarakat yang menghayati Al-Quran dan As-Sunnah sepenuhnya.

Datuk Seri (Dr) Harussani Bin Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan

Banjir Arak


Buku yang mendedahkan kebanjiran arak di Malaysia, jualan dan peminum dengan fakta-fakta!

Siapa Khianat Siapa


Pendedahan wang yang lesap, hilang - ghuyub berbillion-billion!!

Friday, April 28, 2006

PENDOA YANG IKHLAS


kumpulan cerpen Pendoa yang Ikhlas oleh Azizi Hj Abdullah terbitan DBP