Monday, May 22, 2006

Luka Rakyat


Luka rakyat merupakan sebuah karya penyuntik kesedaran. Bukan sekadar kesedaran pasif, namun kesedaran kritikal supaya yang dikata rakyat itu jangan Cuma menyerah kepada nasib. Rakyat perlu celik dan sedar. Rakyat perlu berani dan yakin. Ketika ketidakadilan berleluasa, tatkala kezaliman bermaharajalela, hanya rakyat yang mampu menentukan gelombang perubahan. Semua lapisan rakyat wajar membaca dan meneliti setiap huraian Azizi ini, yang membongkar jurang antara derita rakyat dan kekuasaan mereka yang angkuh.

-- S. M. Mohamed Idris,
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Bagaimanakah rakyat mungkin merolakan diri melihat kepincangan yang ketara menzahirkan ketidakadilan. Rakyat yang ditekan daripada melakukan perubahan terhadap kepincangan social akhirnya akan bertindak membela jati diri dan maruah sebagai rakyat yang merdeka. Azizi Hj. Abdullah berjaya dengan tajam mengupas reality yang kompleks menyentuh polisi pengurusan, baik dalam persoalan ekonomi, perkhidmatan mahupun pemerintahan yang memangsakan rakyat dengan gaya bahasa dan ulasan yang sangat menyerlah dan mengungkap penderitaan rakyat yang lemah. Luka Rakyat patut dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang menjiwai perjuangan rakyat.

Ia sepatutnya mendidik golongan muda dalam kalangan pelajar universiti, para ahli akademik, aktivis social, serta dalam kalangan petani, buruh, nelayan, setinggan serta mereka yang berpendapatan rendah di kota dan di pinggir kota. Syabas kepada TERAS yang memulakan suatu anjakan kepada penerbitan buku-buku yang berjiwa rakyat.

-- Syeikh Niamat Yusoff
Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home